Bagaimana membesarkan payudara menggunakan pil hormone

Sejumlah besar wanita di seluruh dunia tidak berpuas hati dengan saiz payudara mereka. Akibatnya, mereka mempunyai harga diri yang rendah dan mula meragukan kecantikan dan seksualiti mereka.

Payudara kecil bukanlah suatu keburukan. Saiz payudara sama sekali tidak mempengaruhi fungsi utamanya, iaitu menghasilkan susuan selepas bayi anda dilahirkan. Walau bagaimanapun, payudara bukan hanya organ wanita. Ia adalah unsur daya tarikan, keseksian, dan kewanitaan seseorang.

Adakah ia mustahil untuk membesarkan payudara anda tanpa melalui pembedahan plastik?

Pertumbuhan payudara semulajadi adalah suatu kemungkinan dari usia 16 hingga 20 tahun tetapi pada usia yang lebih lanjut, pertumbuhan payudara adalah minimum ataupun tidak langsung.

Untuk memudahkan pembesaran buah dada, ia adalah satu keperluan untuk menukarkan tahap hormon anda, khususnya, pengeluaran estrogen yang merangsang pertumbuhan dan pembesaran payudara.

Apa hormon membantu membesarkan payudara?

Bukan semua produk untuk pembesaran payudara yang berkesan. Yang paling berkesan adalah produk yang mengandungi hormon berikut:

  • progesteron, hormon kehamilan, menyumbang kepada pembesaran buah dada;
  • 2. estrogen, bertanggungjawab untuk pembentukan dan pembesaran payudara, tetapi jika ia dikeluarkan pada tahap yang berlebihan, ia boleh menyebabkan tindakan yang terbalik, iaitu menghentikan pembesaran payudara.
  • prolaktin adalah hormon yang menyediakan payudara untuk penyusuan susu, lalul membesarkan saiznya.

Bagaimana membesarkan payudara menggunakan pil hormone

Apakah kesan estrogen pada pembesaran payu dara?

Semasa datang bulan, terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam badan wanita. Ovulasi adalah fasa apabila paras estrogen berada di tahap tertinggi, dan ini menyumbang kepada pembesaran tisu payudara. Oleh itu, payudara yang lebih besar semasa datang bulan dan ovulasi hanya adalah peningkatan aliran darah dan pembengkakan tisu dan bukan lain. Sekiranya perkandungan tidak berlaku, simptom-simpton ini akan hilang.

Selain daripada tahap estrogen, saiz payudara dipengaruhi oleh hubungan seksual dan jumlah lemak badan dalam buah dada. Bukan rahsia lagi bahawa payudara menjadi lebih besar jika berat badan anda naik; manakala turun berat badan pula sebaliknya akan membawa kepada kehilangan keanjalan payu dara lalu ia menjadi lebih kecil.

Di dunia hari ini, terdapat sejumlah besar gel, krim, dan pil yang mengandungi estrogen. Pil-pil ini sering mengandungi phytohormones dan estrogen sintetik. Ia diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan, kacang soya, dan juga bijirin.Drugs for breast augmentation containing hormone estrogen:

  • Femoston;
  • Premarin;
  • Estrogel;
  • Divigel;
  • Diane-35.

Ia dilarang sama sekali untuk mengambil pil pembesaran payudara tanpa perundingan perubatan.

Produk untuk pembesaran payu dara

Hari ini, terdapat sejumlah besar produk untuk pembesaran payu dara seperti suplemen makanan yang pengeluarnya menjanjikan peningkatan saiz payudara secara ansur-ansuran yang berkesan.

Ia mengandungi formula herba yang bertujuan merangsang pembesaran payu dara. Ini berlaku dengan menggunakan analog herba hormon wanita.

Sebagai contoh, krim dan gel khas membantu untuk menormalkan aliran darah dan memperbaiki keadaan kulit payudara. Satu contohnya adalah Bust Cream Spa. Mesotherapy juga menghasilkan kesan yang sama.

Kaedah pembesaran payudara lain termasuk pengupasan kulit, pembalutan tubuh dengan tanaman marin, rawatan tanah liat, dan lain-lain.

Ia semua bertindak secara luaran, tanpa menjejaskan tisu dalaman payudara. Kebanyakan ulasan terhadap produk-produk sedemikian mengatakan bahawa kesannya tidak signifikan ataupun berjangka pendek.

Produk untuk pembesaran payu dara

Pil pembesaran payudara: tindakan mekanisme

Pil-pil ini bertujuan untuk memperbaiki dan memulih semula tisu-tisu payudara melalui estrogen. Payudara wanita mempunyai reseptor khas yang mampu menyerap enzim yang terkandung dalam pil pencegehan kehamilan. Perut dan punggung juga mempunyai reseptor yang sama.

Apakah kebersanan produk hormon untuk pembesaran payudara?

Dalam perawastan penyakit histologi wanita, hormon membantu meningkatkan status kesihatan secara keseluruhan dan juga mempunyai kesan positif terhadap seksualiti dan daya tarikan mereka. Pembesaran payudara adalah suatu lagi kesan lain yang dihasilkannya. Ubat pencegahan kehamilan membantu melegakan kesakitan dan menormalkan kitaran datang bulan.

Ubat hormon mempunyai beberapa kelebihan:

  • membantu membesarkan payudara dengan sekurang-kurangnya 2 saiz;
  • mempunyai kesan segera;
  • membantu untuk mengelakkan kehamilan yang tidak diingini;

Malah, bukan sahaja payudara menjadi lebih besar dan lebih bulat, tetapi keadaan rambut juga bertambah baik dan kulit menjadi lebih lembut dan elastik.

Adakah pil seperti ini selamat?

Terapi hormon yang digunakan untuk pembesaran payudara adalah sangat selamat untuk kesihatan wanita. Ubat-ubatan sedemikian boleh memberi kesan yang baik kepada kesihatan secara keseluruhan. Pil hormon tidak punyai apa jenis racun tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan, bergantung kepada ciri-ciri individu badan.

Sekiranya seorang wanita ingin membesarkan saiz payudara menggunakan pil hormon, dia harus sedar tentang kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku:

  • perubahan berat badan;
  • migrain, kemurungan, tekanan;
  • gangguan tidur;
  • gangguan saraf;
  • sakit kepala;
  • masalah dengan saluran pencernaan;
  • tekanan darah tidak stabil;
  • alergi.

Bukan itu sahaja, sedar akan bahawa kesan hormon mungkin akan dikurangkan akibat penyalahgunaan alkohol, merokok, dan mengambil antidepresan, penenang dan antibiotik.

Produk herba dan phytoestrogen

Phytoestrogen adalah bahan yang berasal dari herba. Apabila ia dilepaskan di dalam badan anda, ia bertindak sebagai hormon yang aktif. Bahan ini terkandung dalam bijirin, tanaman soya, delima, wortel, bunga chamomile, kubis dan tumbuhan ubatan lain.

Sudah tentu, kesan phytoestrogens pada badan tidak sekuat kesan estrogen semulajadi. Ia menstabilkan semula tahap hormon ke tahap yang sihat, mencegah perkembangan tumor, tetapi ia tidak cukup kuat untuk mengubah saiz buah dada. Ubat herba hanya boleh digunakan untuk memperbaiki bentuk payudara. Dengan penggunaan yang kerap, ia menjadikan payudara menjadi lebih menarik, terangkat dan berdaya tahan.

 

Produk herba dan phytoestrogen

Jangan lupa bahawa tugas doktor anda adalah untuk memilih ubat yang sesuai untuk anda, jadi jangan cuba untuk membuat pilihan tersebut diri sendiri. Pertama sekali, anda perlu menjalani ujian darah untuk mengenal pasti tahap hormon dalam badan anda.

Pil pembesaran payudara

Industri farmaseutikal moden menawarkan pelbagai jenis ubat. Kami akan melihat lebih teliti dengan ubat-ubat yang paling berkesan dan popular.

  1. Yasmin adalah ubat pencegahan kehamilan. Ia adalah produk hormon yang mengandungi estrogen. Selain daripada kesan pencegahan kehamilan, ia mempunyai manfaat tambahan: ia mengandungi drospirenone yang menghalang penambahan berat badan dan kekembungan serta menormalkan metabolisme dalam tisu adipose. Anda tidak boleh mengambil Yasmin semasa mengandung dan apabila menyusu.
  2. Desogestrel adalah ubat pencegahan kehamilan. Ia membantu untuk membesarkan payudara. Ubat ini mengandungi versi sintetik hormon wanita. Sebelum mengambilnya, rujuk pakar perubatan.
  3. Jeanine adalah ubat pencegahan kehamilan hormon. Ia serupa dengan Desogestrel. Sebelum menggunakan, dapatkan nasihat perubatan.
  4. Dienogest adalah ubat gabungan. Enzim aktifnya dipanggil gestagen. Ubat ini menggalakkan pertumbuhan pesat tisu endometriosis, jadi sebelum pengambilannya, anda mesti melawat doktor.
  5. Maxibust adalah ubat yang buatan gabungan ahli kosmetik Jerman, Sweden dan Perancis. Ia mengandungi ekstrak Pueraria mirifica (akar Thailand), yang mengandungi phytoestrogens yang hampir sama dengan estradiol. Ia membantu menaikkan payudara, penambahan saiznya, serta memperbaiki keadaan kuku, rambut, tulang dan kulit. Ia harus digunakan selama enam bulan. Rawatan ini harus bermula dengan hari pertama datang bulan mengikut jadual iaitu 4 pil setiap hari pada waktu makan. Dalam masa dua minggu, anda perlu berehat daripadanya dan kemudian meneruskan pegambilan pil tersebut pada hari pertama haid.
  6. Push Up Natural dihasilkan di Belanda. Ia mengandungi ramuan herba. Ia membantu payudara dalam segala bentuk, seperti menjadikannya lebih lembut, cantik, dan terangkat. Ambil 5 pil sehari dengan makanan dan air yang banyak (minum 1.5 hingga 2 liter air sehari).Herbal medicines

Mari kita lihat dengan lebih teliti ubat-ubat herba yang popular untuk pembesaran payudara.

  • Maxibust Coffee terdiri daripada serbuk Pueraria mirifica. Kelebihannya: kestabilan kitaran datang bulan, membaik pulih kesihatan secara keseluruhan, terutamanya semasa menopaus, dan pembesaran payudara. Di samping itu, ia menghalang osteoporosis. Buat kopi dan minum sekali sehari. Untuk keputusan yang lebih menonjolkan, pengambilan kursus ini selama 4-bulan adalah disyorkan.
  • Maxi adalah kapsul yang mengandungi ekstrak Pueraria mirifica, soy isoflavonoids dan hop. Ambil 4 kapsul setiap hari; tempoh kursus adalah 3 bulan.
  • Soy isoflavonoids — ubat yang mengandungi ekstrak soya. Ia mengandungi banyak phytoestrogen, yang membantu menambahkan saiz payudara.
  • Feminal adalah ubat yang mengandungi ekstrak semanggi merah yang menggalakkan pertumbuhan buah dada. Ambil 1 kapsul setiap hari selama 4 bulan ataupun lebih lama. Tempoh rawatan maksimum adalah dua tahun.

Mari kita buat satu kesimpulan;

Ia adalah jelas bahawa semua produk pembesaran payudara adalah selamat untuk kesihatan wanita. Sesetengah ubat memang benar boleh menambahkan saiz payudara anda, tetapi jangan harapkan untuk keajaiban berlaku. Ingat bahawa sebaik sahaja anda berhenti mengambil pil, apa sahaja hasil yang anda capai, ia akan mula hilang.

Sehingga kini, pembedahan plastik adalah satu-satunya kaedah yang berkesan yang membantu membesarkan payudara dengan cepat dan kekal. Tetapi sebelum melalui bawah pisau, anda harus menimbang semua kebaikan dan keburukan, kerana pembedahan plastik mempunyai banyak komplikasi dan tindakbalas yang merugikan.

Ulasan

Selepas membaca banyak ulasan di forum dan laman web, ia dapat disimpulkan bahawa hampir setiap wanita yang ingin membesarkan payudara menulis seperti ini, “Dokter saya memberi saya pil kontraseptif, kesan sampingan adalah pembengkakan sementara tisu-tisu payu dara: tetapi sebaik sahaja anda berhenti menggunakan pil pencegahan kehamilan, payudara anda kembali ke bentuk dan saiz sebelumnya.”

Sesetengah wanita berkata bahawa tanpa pembedahan, anda hanya boleh mendapatkan payudara yang lebih besar jika anda tambah beberapa kilo.

Ulusan tumbuh-tumbuhan rawatan dan ubat herba juga berbeza-beza: ada yang mengatakan bahawa kesannya ketara, sementara yang lain yakin bahawa itu semua tidak masuk akal dan pembesaran payudara hanya akan berlaku jika tisu payudara anda diubahsuai dari dalam.

Ini adalah kajian kecil kami mengenai masalah yang hampir semua wanita moden boleh mengenal pasti. Hanyalah anda yang boleh memutuskan produk apa yang boleh digunakan untuk membesarkan payudara anda atau sama ada anda perlu membuatnya atau tidak.

Jagalah diri dan kesihatan anda!

Kategori Blog

TUTUP