Resipi terbaik: Mask anti-kedutan muka

Setiap wanita mesti rasa panik apabila dia lihat dalam cermin dan nampak kedutan pada mukanyua buat kali pertama. Ia lumrah hidup yang sedih dan usia menunjukkan kesannya. Untuk melawan pennuaan kulit, pakar dalam bidang ini telah mencipta suatu keajaiban yang sebenar dalam kosmetik moden. Walau bagaimanapun, terdapat mask anti-kedutan muka yang berkesan yang boleh disediakan di rumah menggunakan ramuan dan bahan-bahan yang mudah dicari. Berbandingkan dengan kosmetik, produk tradisional lebih disukai kerana ia mempunyai ciri semula jadi yang tidak boleh diragui: setiap komponen produk tradisional dipilih oleh anda sendiri. Dengan penggunaan mask anti-kedutan muka dengan kerap, anda akhirnya boleh menikmati semula kelihatan dalam cermin dan melupakan kedutan buat selama-lamanya.

Cara-cara untuk melawan kedutan

Pada zaman sekarang, terdapat pelbagai cara-cara yang mampu melawan kedutan, samada di salun kecantikan ataupun terletak di rak-rak rumah anda sendiri.

  1. Prosedur kosmetik
  2. Mask anti-kedutan muka yang dibuat berdarsarkan bahan kimia aktif sering dicadangkan di salun-salun kecantikan. Mask ini benar-benar mengeluarkan hasil. Malah, kesan mask ini mampu dilihat dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, adalah sangat baik untuk tidak melupakan kos prosedur ini serta komponen kimia mereka. Sekiranya anda telah memutuskan untuk menghilangkan kedutan yang tidak diingini melalui kaedah moden, anda akan ditawarkan prosedur yang telah diuji serta tidak menyakitkan berikut di dalam salun:
    • Urutan profesional;
    • Plastik kontur;
    • Diamond peeling;
    • Biorevitalization;
    • Cryotherapy;
    • Stimulasi mio;
    • Suntikan botox (persediaan berdasarkan protein semulajadi);
    • Saliran limfa;
    • Mesoterapi;
    • Lifting.
  3. Cara tradisional
  4. Jika anda tidak punyai banyak wang ataupun masa lapang untuk ke salun, tiada apa-apa untuk dibimbangkan. Terdapat banyak resipi tradisional untuk kecantikan anda dengan melenyapkan perubahan kulit yang disebabkan oleh penuaan. Mask muka yang disediakan di rumah untuk menghilangkan kedutan akan menjimatkan wang anda serta dengan pengunaan biasa mask tersebut ia akan memberi kesan peremajaan pada kulit anda. Terdapat beberapa kaedah tradisional untuk melawan kedutan, yang paling popular dan berkesan, termasuk:
    • Minyak eter;
    • Urutan diri-sendiri
    • Bantal gulung
    • Gosokan
    • Mask yang diperbuat daripada bahan semula jadi
    • Penjagaan komples “mask + untuk mata + pengelakkan kedutan” harus terdiri daripada campuran pelbagai herba dan pengunaan kiub ais Semua mask anti-kedutan (samada diperbuat daripada bahan kima ataupun bahan-bahan di rumah) akan hilangkan rasa tidak senang dalam hati anda setiap kali anda mengalami waktu yang sukar. Pencapaian kosmetik moden dan ubat-ubatan tradisional nenek kami juga bermanfaat untuk kulit kita sendiri.

Cara-cara untuk melawan kedutan

Kesan mask anti-kedutan

Kaedah perlawanan dipilih. Kini anda perlu menentukan kesan apa yang anda mahukan daripadanya. Sekiranya semuanya dicampurkan dan diperbuat dengan rejimen resipi yang ketat, anda akan sentiasa lihat kemajuannya dan anda tidak akan tunggu lama untuk nampak hasilnya. Mask anti-kedutan yang menakjubkan akan memberi tindakan seolah-olah ajaiban ke atas kulit anda, mengubahkan:

  • Kedutan kecil akan dilenyapkan secara kekal
  • Kedutan yang dalam pula tidak begitu ketara
  • Kulit anda akan menjadi lebih tegar, lebih elastic, dan seterusnya lebih ketat maka kedutan akan hilang
  • Mask anti-kedutan mata akan yang berkualiti tinggi akan hilangkan sebarang kedutan bentuk sinar serta kantung mata sekali gus

Untuk mask anti-kedutan yang disediakan oleh anda sendiri di rumah, ia pasti menggembirakan anda dengan kebersanannya yang tidak boleh ditandingi. Pilih dengan betul antara setiap satu produknya serta cuba gunakan yang sama setiap minggu tanpa menggunakan produk yang lain setiap kali. Pastikan anda mematuhi arahan penyediaannya dan gunakan ia dengan betul.

Mask anti-kedutan muka: arahan pengunaan

Setiap mask anti-kedutan muka menonjol dengan pelbagai bahan, setiap satu punyai tindakan yang sepadan dengan kulit. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, jangan lupa beberapa arahan mudah untuk penyediaan dan pemakaian mask anti-keduan muka. Ia cukup mudah dan senang dilakukan:

  • jika minyak sayuran terkandung dalam mask, lebih baik memilih minyak zaitun;
  • jika anda memerlukan telur dan susu, buatan rumah (ataupuan organik) lebih baik daripada pilihan kedai;
  • setiap jenis mask anti-kedutan muka perlu diletakkan di kulit selama 20 minit;
  • jika pemakaian mask menyebabkan rasa panas yang sengit ataupun terbakar, segera tanggalkan daripada muka
  • jika anda mulai rasa panas ataupun terbakar selepas pemakaian mask, gunakan krim minyak;
  • jangan letakkan campuran pada kulit di sekitar mata, hidung, dan bibr: terdapat mask yang direka khas
  • untuk kelopak mata untuk lawan kedutan, resipi yang boleh didapati secara berasingan;
  • mask perlu digunakan selepas persiapan dan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk atau tempat lain;
  • jika semua emosi anda dipaparkan di wajah anda, maka sebagai langkah pencegahan, anda boleh gunakan mask anti-kedutan muka dari usia yang lebih muda;
  • mask perlu diletakkan pada kulit muka yang sudah dibersihkan terlebih dahulu;
  • membuang mask anti-kedutan untuk kulit harus dilakukan dengan air suam panas yang ditinggalkan ataupun yang telah ditapis

Semakin tepat anda mengikuti nasihat dan resipi mask ini, semakin baik hasil yang anda harapkan.

Resipi mask anti-kedutan terbaik untuk dibuat di rumah

Dengan pelbagai cara dan bahan-bahan diluar sana, bagaimana anda boleh memilih ciri-ciri mask yang terbaik dalam melenyapkan semua kedutan anda serta sembunyikan umur anda secara aktif daripada orang lain? Pertama sekali, buat ujian: dalam masa satu bulan, cuba pelbagai mask anti-kedutan untuk muka dan hanya berhenti apabil anda menjumpai satu yang menghasilkan kesan yang anda rasakan paling efektif. Yang kedua, pilih mask anda, bahan-bahan yang anda sentiasa punyai dengan anda. Hanya pengunaan yang kerap sahaja yang boleh membawa hasil paling ketara. Yang ketiga, buat pilihan terus mask apa yang anda carikan: samada untuk muka anda ataupun hanya untuk kedutan di sekeliling mata, lokasi kulit anda yang memerlukan sentuhan yang lebih lembut. Mask yang berikutnya punya reputasi yang baik melawan pelbagai kedalaman kedutan serta usia secara aktif.

MASK MUKA

  1. Lidah buaya (aloe vera) dengan madu

Panaskan madu sampai menjadi cecair (satu sudu) dan sebatikan dengan jus aloe (2 sudu)

  1. Pisang

Campurkan separuh pisang yang dilenyekkan dengan krim (2 sudu besar), gunakan tepung oatmeal (satu sudu) dan sebatikan sampai jadi seperti bubur

  1. Anggur dan susu

Campurkan setengah cawan jus anggur dan susu, letakkan mask ataupun serbet ke dalam campuran sebut, dan sejurus letakkan di muka anda. Semua mask dibuat di rumah untuk anti-kedutan yang menggunakan anggur dalam pelbagai bentuk sangat berkesan.

  1. Limau gedang (grapefruit)

Lenyekkan limau gedang (2 sudu), tuangkan jus lobak ke dalamnya (2 sudu), dan pukul campuran tersebut dengan krim masam (1 sudu). Kemudian, pada akhirnya, tambahkan tepung beras ke dalam campuran mask (1 sudu).

  1. Kentang

Untuk mask ini, kentang perlu direbus dalam periuk, dikupas, dilenyekkan, dan dicampurkan dengan krim masam dan susu (setiap 1 sudu). Kemudian, campurkan gliserin dan minyak sayuran ke dalam campuran yang diperolehi, satu sudu teh setiap satu.

  1. Jelatang (nettle)

Daun jelatang segar harus ditumbuk, dicampur dengan madu (1 sudu teh), dan dilengkapi dengan minyak sayuran (1 sudu).

  1. Yis/Ragi

Campurkan yis, tambah minyak sayuran (1 sudu), dan sapukan pada muak secara lapisan sehingga kering sepenuhnya.

Resipi mask anti-kedutan terbaik untuk dibuat di rumah

MASK MUKA UNTUK DIKELILING MATA

  1. Susu

Penyediaan mask di sekeliling mata untuk mengelakkan kedutan akan mengambil masa minimum dan hasilnya akan mengejutkan anda. Kukuskan susu dan biarkan ia sejuk di suhu bilik. Letakkan busa buih ke atasnya dan letakkan produk tersebut ke kelopak mata anda.

  1. Kuning telur

Ketepikan kuning telur, pukul dengan betul, dan campurkan dengan minyak zaitun ataupun pic sebelum meletakkannya di mata anda.

  1. Roti

Roti tanpa keraknya boleh dilembutkan dengan susu suam dan beberapa titik minyak sayur harus dititiskan kepada bahagian lembut roti tersebut. Letakkan campuran tersebut di kelopak mata anda.

Mask yang paling berkesan untuk mencegah kedutan boleh diperolehi dengan senang apabila ia disediakan tanpa tergesa-gesa dan dibuat daripada keinginan yang semulajadi, di mana mask ini membuat anda kelihatan sangat cantik sehingga mampu helah semua orang, bahkan keluarga anda, dengan usia anda. Rahsia-rahsia kecil ini mestilah di dalam arsenal wanita moden yang menghormati dirinya sendiri dan walaupun jadual hidup yang ketat serta tegar, dia tidak melupakan keperluan dirinya.

Kategori Blog

TUTUP